DIPLOMA MOBILE TECHNOLOGY(DMT)

MAKLUMAT AM

Pengenalan
 

Dalam usaha untuk mengikuti perkembangan pesat dalam industri hari ini, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti memperkenalkan program baru selaras dengan keperluan kejuruteraan teknologi negara. Program ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam ekonomi global. Bidang teknologi mudah alih hari ini memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan mempunyai keupayaan teknikal bagi membangunkan industri yang akan kekal berdaya saing dalam pasaran dunia.

Bagi merealisasikan perkara ini, Bahagian Pembangunan Akademik, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti berkolaborasi dengan pihak industri yang terlibat dalam menyediakan dan membangunkan kurikulum yang bersesuaian untuk memperkenalkan Program Diploma in Mobile Technology ini. Program ini dibangunkan untuk memberikan pengetahuan asas teknikal dalam bidang teknologi mudah alih.

 
Prospek Kerjaya
 
  • Assistant Mobile Device Repairing Technician
  • Junior Apps Developer
  • Assistant Software Programmer
  • Radio Access Network Technician
  • Entrepreneur
  • Technical Assistant Support
  • Data Communication Technicians
  • Technical Assistant Support
  • Marketing & Sales Technicians And Service Engineers
 
Syarat-syarat kemasukan DMT:
 
1) Warganegara Malaysia
2) Tidak Buta Warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.
3) Lulus Sijil Kolej Komuniti dalam bidang seperti berikut :-
 
  • Sijil Teknologi Elektrik (STE);
  • Sijil Pemasangan Elektrik (SPE);
  • Sijil Sistem Komputer Sokongan (SKS);
  • Sijil Rangkaian Komputer (SRK).
 
ATAU
 
Untuk lepasan SPM mendapat tiga(3) kepujian termasuk subjek Matematik dan subjek Sains/Teknikal/Vokasional.
Lulus Bahasa Inggeris.
 

Maklumat Pengajian DMT :

  • Tempoh pengajian selama 24 bulan
  • 4 semester belajar di Kolej Komuniti
  • 2 semester Work Based Learning (WBL)
  • Yuran Pengajian per semester RM200
  • PTPTN ditawarkan kepada pelajar yang layak
 
 ** Sebarang maklumat terkini sila layari Facebook KK Ampang

Hubungi Kami

Demo Image

  • No Tel : 03-42800201
  • No Faks : 03-42803175
  • Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat : Kolej Komuniti Ampang, Lot PT3890, Medan Bukit Indah 4, Pusat Bandar Bukit Indah, 68000 Ampang, Selangor