DIPLOMA TEKNOLOGI TELEKOMUNIKASI(DTT)

MAKLUMAT AM

Pengenalan

Kolej Komuniti Ampang menawarkan peluang untuk menyambung pengajian di peringkat Diploma di dalam program Diploma Teknologi Telekomunikasi. Program ini direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran terkini bidang teknologi telekomunikasi. Pelajar akan mendapat pengalaman dalam pemasangan dan penyelenggaraan sistem telekomunikasi. Program ini juga menawarkan pelajar peluang untuk mengikuti kursus seperti Asas Elektrik, Peranti Elektronik, Sistem Komputer, Asas Telekomunikasi, Teknologi Jalur Lebar, Sistem Digit, Rangkaian Komputer, Komunikasi Data, Pentadbiran Rangkaian,Teknologi Tanpa Wayar, Asas Komunikasi Optik dan Komunikasi Selular.

 

Syarat-syarat Kemasukan

Syarat-syarat kemasukan ialah :

1. Warganegara Malaysia

2. Lulus Sijil Kolej Komuniti dalam Program Sijil Sistem Komputer dan Sokongan

ATAU;

Lulus SPM atau setaraf atau sekurang-kurangnya kredit dalam TIGA (3) Matapelajaran termasuk Matematik dan SATU Matapelajaran Sains/Teknikal/Vokasional dan Bahasa Inggeris.

3. Tidak buta warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja-kerja amali.

 

Tempoh Pengajian

  •   Tempoh pengajian selama 4 semester dan 2 semester Work-Based Learning

 

Kewarganegaraan

Warganegara Malaysia

 

Prospek Kerjaya

Program ini direka bentuk untuk menyediakan kemahiran teknikal dalam teknologi kejuruteraan telekomunikasi yang boleh diaplikasikan dalam skop kerjaya yang luas melibatkan industri penyedia perkhidmatan telekomunikasi. Lulusan program ini boleh memilih sama ada untuk berkhidmat  sebagai :-

  • Pembantu /Juruteknik Fiber Optik
  • Juruteknik Fiber Optik
  • Juruteknik Radio Access Network
  • Juruteknik Kanan Radio Access Network
  • Pembantu /Juruteknik Elektronik
  • Pembantu /Juruteknik Rangkaian
  • Pembantu /Juruteknik Komputer
  • Penilai Tapak Pemasangan Surveyor
  • Usahawan 

 

Yuran Pengajian

 Yuran pengajian adalah sebanyak RM200 per semester.

** Sebarang maklumat terkini sila layari Facebook KK Ampang

 

Hubungi Kami

Demo Image

  • No Tel : 03-42800201
  • No Faks : 03-42803175
  • Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat : Kolej Komuniti Ampang, Lot PT3890, Medan Bukit Indah 4, Pusat Bandar Bukit Indah, 68000 Ampang, Selangor