Sijil Teknologi Telekomunikasi (STT)

MAKLUMAT AM

Pengenalan

Selaras dengan perkembangan dan perubahan pesat dalam bidang teknologi telekomunikasi di Malaysia, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) memperkenalkan program baharu iaitu Sijil Teknologi Telekomunikasi. Melalui perkembangan ini, pelbagai inovasi dihasilkan sehingga membolehkan komunikasi kini dilakukan dengan lebih pantas tanpa batas. Teknologi telekomunikasi masa kini melibatkan sistem dan peralatan yang canggih dan terkini. Antara teknologi yang dikenal pasti adalah seperti telefon mudah alih (mobile), internet, 4G (Fourth Generation), WiFi (wireless-fidelity), PABX, penggunaan teknologi tanpa wayar (wireless), gentian optik, Fiber to the home (FTTH), Voice over Internet Protocol (VoIP). Teknologi ini telah menggunakan pelbagai medium yang lebih canggih bagi menghubungkan manusia dengan perkakasan seperti satelit, kabel gentian optian dan isyarat   radio yang mampu menghantar, menyalur dan menerima isyarat serta maklumat dengan lebih jelas. Selain itu, teknologi ini juga disokong dengan infrastruktur dan perkhidmatan jalur lebar juga telah dilaksanakan secara menyeluruh ke seluruh negara dan melalui penyambungan dengan wayar dan tanpa wayar. Justeru, tenaga mahir dalam bidang teknologi telekomunikasi dilihat sebagai salah satu keperluan utama pasaran kerja di Malaysia.

 

Golongan sasaran:

Pelajar-pelajar Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM)

 

Syarat-syarat Kemasukan

Syarat-syarat kemasukan ialah :

1. Warganegara Malaysia
2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengan sekurang-kurangnya SATU kredit dalam mana-mana mata pelajaran DAN lulus Matematik;
3. Tidak buta warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.

 

Tempoh Pengajian

  •   Tempoh pengajian selama 3 semester dan 1 semester Latihan Industri.

 

Kewarganegaraan

Warganegara Malaysia

 

Prospek Kerjaya

Program ini direka bentuk untuk menyediakan kemahiran teknikal asas seorang juruteknik telekomunikasi. Lulusan program ini boleh memilih sama ada untuk berkhidmat dengan Operator, pembekal atau kontraktor sebagai :-

  • Pembantu /Juruteknik Telekomunikasi
  • Pembantu /Juruteknik Elektronik
  • Pembantu /Juruteknik Rangkaian
  • Pembantu /Juruteknik Komputer
  • Juruteknik Fiber Optik
  • Penilai Tapak Pemasangan Surveyor
  • Usahawan

 

 Yuran Pengajian

 Yuran pengajian adalah sebanyak RM200/semester.

** Sebarang maklumat terkini sila layari Facebook KK Ampang

 

Objektif Program Pengajian (Programme Educational Objectives - PEO)

Objektif utama program ini dibangunkan adalah untuk:

  1. Berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi telekomunikasi selaras dengan keperluan industri dan hasrat negara.
  2. Berkebolehan menyelesaikan masalah dalam bidang teknologi telekomunikasi secara inovatif, kreatif dan beretika.
  3. Menunjukkan kemahiran keusahawanan dan menyedari keperluan pembelajaran sepanjang hayat untuk pembangunan kerjaya.
  4. Berkomunikasi secara berkesan, berkebolehan untuk bekerja dalam pasukan, menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik dalam sesebuah kumpulan kerja dan beretika dalam melaksanakan tugas.

 

Hubungi Kami

Demo Image

  • No Tel : 03-42800201
  • No Faks : 03-42803175
  • Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat : Kolej Komuniti Ampang, Lot PT3890, Medan Bukit Indah 4, Pusat Bandar Bukit Indah, 68000 Ampang, Selangor